MENGAJI BERSAMA
Aktiviti mengaji di Kampung RPSB Bukit Kening dijadikan sebagai aktiviti bulanan bagi kaum wanita. Aktiviti ini telah diketuai oleh JKKK Biro Agama iaitu Puan Zaiton Binti Kasim. Selalunya aktiviti ini diadakan pada setiap hari Jumaat pada pukul 3.00 petang di Masjid RPSB Bukit Kening. Di samping itu, aktiviti ini juga akan diadakan di rumah yang berbeza pada setiap minggu mengikut kesesuaian masa dan tempat oleh masyarakat disini.
Menurut Puan Zaiton, aktiviti seperti ini bertujuan mendekatkan diri masyarakat kepada Allah dan sentiasa berpegang teguh dengan ajaranNYA. Malah aktiviti seperti ini juga mampu mengeratkan hubungan silaturrahim antara masyarakat setempat, mempelbagaikan aktiviti di kampung, serta meningkatkan ilmu pengetahuan kaum wanita dengan ilmu tajwid dan sebagainya.
PROGRAM DEKORASI KEK
Program dekorasi kek telah diadakan di PEDi Bukit Kening. Program ini merupakan salah satu cadangan daripada komuniti wanita setempat. Mereka ingin menimba ilmu dalam kemahiran dekorasi kek selain mempelajari dalam penggunaan komputer.
Melalui program ini, pihak juga memberi fokus kepada bidang usahawan supaya membuka mata komuniti setempat untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Tenaga pengajar ini adalah daripada komuniti di Kampung Bukit Kening dan telah mengusahakan produk makanan sehingga mampu berjaya sehingga ke hari ini. Oleh hal demikian, program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara komuniti setempat, mempelbagaikan aktiviti di kampung dan menggalakkan golongan wanita menceburi bidang keusahawanan.
PROGRAM UKIRAN BUAH
PEDi telah menganjurkan aktiviti ukiran buah untuk golongan wanita di Kampung Bukit Kening. Aktiviti ini adalah sebagai satu inisiatif untuk meningkatkan kefungsian penubuhan PEDi, mengeratkan hubungan antara masyarakat, serta meningkatkan kemahiran masyarakat dalam pelbagai bidang. Malah aktiviti yang dijalankan ini juga adalah sebagai satu persediaan untuk masyarakat melibatkan diri dalam dunia perniagaan ataupun sekadar mengisi masa lapang.
Cik Nurul Najwa Bin Abu Talib, merupakan salah seorang usahawan yang mengusahakan butik dan membuat perkhidmatan ukiran buah di kampungnya. Perniagaannya mendapat sambutan daripada penduduk didalam dan luar kampung. Oleh hal demikian, pihak PEDi melihat kejayaan yang dikecapi dan meminta beliau untuk berkongsi ilmu aga dapat dimanfaatkan bersama dengan wanita lain.
PROGRAM JOM BERTANI
Seramai 10 orang penduduk Kampung Bukit Kening telah dipilih untuk menerima bantuan daripada Jabatan Pertanian Daerah Maran. Mereka terpilih kerana mereka mempunyai kebun sayuran di rumah. Program ini bertujuan menggalakkan lagi peserta untuk bercucuk tanam di rumah tanpa sebarang alasan. Pemantauan akan dilakukan selepas peralatan pertanian ini diberikan. Malah, bidang pertanian merupakan salah satu mata pencarian untuk penduduk disini.