mcmc
Sejarah

SEJARAH KG. BUKIT KENING

cats

SEJARAH KG. RPSB BUKIT KENING

Banjir besar yang melanda Negara pada 1970 – an menyebabkan banyak rumah dipinggir Sungai Pahang hanyut dibawa arus. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah menempatan semua mangsa di penempatan yang baru kepada mangsa yang diberi nama Kampung Pemulihan Semula Banjir Bukit Kening. Kampung ini dibuka pada tahun 1976. Kini, kebanyakkan rumah-rumah di Kampung Bukit Kening telah didiami oleh anak – anak kepada pemilik rumah tersebut. Kampung Bukit Kening terbahagi kepada dua, yang pertama ialah Kampung Bukit Kening 1 dan Kampung Bukit Kening 2. Kampung ini juga pernah di beri nama Desa Wawasan. Muafakat antara penduduk kampung menjadikan kampung tradisional ini masih lagi bertahan dan tidak dilupakan. Masih terdapat beberapa orang warga emas yang merupakan penduduk asal kampung ini dan mengetahui sejarah kampung ini. 

 

KETUA KAMPUNG

 

Ketua Kampung atau lebih dikenali sebagai ‘Tok 4’ merupakan pemimpin kampung yang telah di beri kepercayaan oleh pihak atasan untuk mentadbir kampung daripada pelbagai sudut. En. Razali Bin Abu Bakar merupakan ketua kampung yang ke – 3.