📌 Rangkuman Program Kempen Internet Selamat (KIS)
Program Kempen Internet Selamat (KIS) telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan SK Pesagi, SK Sentosa dan Sekolah Menengah Tengku Ampuan Afzan pada bulan November dan Disember.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga sekolah tentang penggunaan internet secara selamat, beretika dan bertanggungjawab. Terima kasih kepada semua pihak yang telah bekerjasama dan menjayakan program ini.
Semoga perkongsian ilmu ini memberi manfaat dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian. 💻🌐




