Penganjurannya sebagai lang­kah memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga sumber alam yang mempunyai keunikan tersendiri dan secara tidak langsung mempromosikan Sungai Pahang sebagai khazanah dan warisan negeri yang perlu dihargai. Pelbagai aktiviti dan pameran telah diadakan sewaktu program ini dijalankan. Malah, program ini boleh dikatakan setiap tahun diadakan dan telah menjadi salah satu tarikan kepada pelancong untuk datang ke Chenor.