mcmc
Maklumat Komuniti

RAYA KORBAN KAMPUNG BUKIT KENING

Terima kasih diucapkan kepada YB Dato’ Sri Ismail Bin Abd Muttalib kerana menyumbangkan seekor kerbau untuk dijadikan korban kepada komuniti Kampung Bukit Kening. JKKK Kampung telah diberi tanggungjawab untuk menguruskan korban ini dan segalanya berjalan dengan lancar apabila belia-belia kampung turut serta membantu dalam proses penyembelihan dan pengagihan daging korban. Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat.