Petugas PEDi Kg. Bukit Kening dan JKKK RPSB Bukit Kening telah mengadakan mesyuarat bagi membincangkan Program perarakan kemerdekaan yang akan diadakan pada 16 September 2017. Mesyuarat ini adalah kerjasama antara TABIKA KEMAS RPSB Bukit Kening, JKKK RPSB Bukit Kening, PEDi Kg. Bukit Kening dan Belia RPSB Bukit Kening. Program ini adalah kali pertama dianjurkan di kampung ini dan idea ini tercetus daripada penduduk kampung. Program seperti ini mampu merapatkan hubungan penduduk setempat dan meraikan kejayaan anak jati yang telah mengharumkan nama negara.