1 ) KISAH KEJAYAAN CELIK IT
NAMA : SUZANA BINTI YUSOFF
UMUR : 39 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI : 2016
LATAR BELAKANG
Puan Suzana merupakan guru kafa di Sekolah Agama Rakyat Chenor. Beliau telah berkhidmat sebagai guru kafa selama 10 tahun. Sebelum ini beliau telah berkhidmat sebagai guru kafa di Sekolah Agama Rakyat Bentong kemudian telah berpindah ke Chenor.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Sebagai guru kafa beliau lebih memfokuskan kepada mendidik dan membentuk sahsiah pelajar. Sebelum ini pendaftaran dan kemasukan pelajar adalah secara manual dan bagi beliau perkara itu lebih mudah. Penggunaan komputer dalam pembelajaran ataupun perkara lain amat kurang dan menyebabkan beliau kurang mahir berkaitan teknologi. Setelah menjadi ahli, beliau meminta petugas mengajar komputer terutama Microsoft office. Hal ini kerana,Microsoft office amat penting dalam urusan sehariannya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Setelah berpindah ke Chenor dan berkhidmat di Sekolah Agama Rakyat Chenor, beliau mula melibatkan diri dalam aktiviti. Beliau telah menjadi ahli daripada tahun 2016. Pihak PEDi telah mengadakan kelas Microsoft Office bersama guru kafa pada waktu pagi setiap hari Jumaat. Melalui kelas tersebut, beliau lebih mahir dan faham dalam penggunaan Microsoft Office. Tambahan lagi, markah keputusan peperiksaan pelajar harus dimasukkan kedalam sistem. Oleh itu, beliau meminta bantuan petugas untuk memberi tunjuk ajar dalam memasukkan data pelajar.
2) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN
NAMA : PUAN NOR HASMAH BINTI SULAIMAN
UMUR : 32 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI : 2017
PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN : MENJUAL PRODUK KESIHATAN
LATAR BELAKANG
Puan Hasmah merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau mendapat pendidikan sehingga peringkat sekolah menengah.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Beliau pernah menggunakan komputer sebelum ini. Namun, beliau kurang mahir kerana tidak mempraktikkan dan kurang menggunakannya. Kemudian, setelah menjadi ahli beliau meminta kepada petugas untuk mempelajari semula berkaitan komputer.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Pada setiap hari Jumaat, petugas akan mengadakan kelas Microsoft Office. Petugas memberi tunjuk ajar dari peringkat awal sehingga akhir bagi memberi kefahaman kepada peserta. Setelah mengikuti kelas yang diadakan, kini beliau lebih mahir dalam penggunaan Microsoft, pengeditan gambar, dan teknik fotografi produk. Beliau banyak mempromosikan produknya dalam whatsapp dan beliau telah mempunyai pelanggan tetap. Oleh itu, beliau tidak menggunakan medium Facebook dalam perniagaannya. Menurut beliau, perniagaannya semakin baik dan beliau sudah pandai menggunakan komputer dalam memudahkan urusan perniagaannya.
3) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN
NAMA : JAHIRAH BINTI ABD RAHIM
UMUR : 30 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI : 2014
PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN : MINYAK WANGI DAN TOPUP (DALAM TALIAN)
LATAR BELAKANG
Puan Jahirah bekerja sebagai Pembantu di TABIKA KEMAS RPSB Bukit Kening. Menurut beliau, sebagai pembantu TABIKA pendapatan yang diperolehi tidak dapat menampung perbelanjaan seharian. Hal ini kerana, suaminya hanya bekerja sendiri dan tidak memperoleh pendapatan secara tetap. Oleh itu, beliau mula melibatkan diri dalam dunia perniagaan secara dalam talian bagi menambahkan pendapatan keluarganya.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Pendapatan bulanan beliau sekitar RM400-500 tanpa ada pendapatan sampingan lain. Malah, beliau juga tidak terdedah dalam penggunaan teknologi dan kurang mahir dalam penggunaan komputer.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Melalui kelas-kelas keusahawanan dan kelas ICT yang dibimbing, beliau mampu menjana pendapatan sampingan melalui dalam talian. Beliau mempelajari cara pemasaran dan mempromosikan produk. Disamping itu juga sering membawa usahawan-usahawan yang Berjaya untuk memberi motivasi dan teknik yang betul dalam perniagaan. Dari situ, Puan Jahirah dapat menambah ilmu pengetahuan dalam dunia perniagaan.