mcmc
JKKK

JKKK BERSAMA DENGAN KOMUNITI

GOTONG -ROYONG JKKK BERSAMA DENGAN KOMUNITI

Pada 20/1/2018 (Ahad), pihak JKKK Kampung RPSB Bukit Kening telah mengadakan aktiviti gotong-royong bersama komuniti setempat bagi menceriakan dan membersihkan kawasan kampung. Aktiviti ini melibatkan golongan belia dan wanita dikawasan sekitarnya. Aktiviti seperti ini sangat memberi manfaat kepada komuniti dimana dapat mewujudkan hubungan silaturrahim antara masyarakat, dapat membersihkan dan memberikan keceriaan kampung, serta memberi kebaikan kepada golongan belia supaya mereka tidak terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah.