RUMAH WARISAN – CHENOR
Rumah warisan dari kerabat Sultan Pahang sejak zaman dahulu lagi. Walau bagaimanapun, rumah ini tidak lagi digunakan pada masa ini dan telah dijadikan sebagai pameran. Rumah ini telah dibina tanpa menggunakan paku, malah bentuk rumah ini adalah berdasarkan rumah Tradisional Melayu Pahang yang mempunyai tiga bahagian, serambi, rumah ibu dan dapur. Serambi dikhaskan untuk tetamu lelaki bagi tujuan keramaian, mengaji Al-Quran dan solat berjemaah. Ruangan rumah ibu pula terdapat lima ciri iaitu lorong, pentas, geta, bebalai dan kelek. Rumah warisan ini telah dirasmikan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada 2006. Rumah warisan masih dikekalkan sehingga hari ini dan merupakan salah satu tempat bersejarah di Chenor, Pahang.