mcmc
Keselamatan

Keselamatan

Di Kampung Bukit Kening, masih belum disediakan balai polis namun begitu, terdapat pasukan rela di kampung ini. Balai Polis Bandar Chenor merupakan pusat keselamatan bagi seluruh komuniti Pekan Chenor jika terdapat sebarang perkara yang menyalahi undang-undang berlaku. Pegawai keselamatan juga sering melakukan rondaan di setiap kampung bagi memastikan keselamatan kampung terjamin. 

Penduduk kampung juga terutama anak – anak muda dan belia sering melakukan rondaan pada malam hari bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Kampung Bukit Kening dan kampung sekitarnya tidak terlepas daripada berlakunya kes jenayah terutamanya kes penyalahgunaan dadah dan kes kecurian. Kes kecurian haiwan ternakkan sering berlaku di kampung ini, pihak yang tidak bertanggungjawab mengambil jalan pintas untuk meraih keuntungan yang besar. Oleh kerana, kecekapan anak -anak muda yang juga pemilik kebanyakkan haiwan ternakan ini, pencuri berjaya ditangkap dan di hantar ke balai polis. 

Terdapat beberapa kes yang telah berjaya diselesaikan oleh penduduk kampung yang perlu kita banggakan. Mereka banyak membantu pihak polis memberkas penjenayah ini. Hubungan mereka dengan pihak polis juga lebih akrab.