1 ) KISAH KEJAYAAN CELIK IT
NAMA : ANIS SYAMIMI BINTI BASRI
UMUR : 19 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI : 2017
LATAR BELAKANG
Anis Syamimi merupakan seorang pelajar IPT di KUIPSAS Kuantan. Sebelum menyambung pelajaran, beliau telah mengikuti kelas ICT.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Anis seorang pelajar lepasan sekolah aliran agama. Pembelajaran mengenai ICT kurang didedahkan di sekolahnya. Beliau sering datang untuk membuat kerja kursus yang ditugaskan oleh guru. Beliau meminta tunjuk ajar dari petugas dalam membantunya menyiapkan kerja kursus. Menawarkan kelas secara percuma untuknya dan rakan-rakan sekolahnya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Setelah mengikuti beberapa kelas asas penggunaan komputer, beliau semakin mahir menggunakan komputer dan boleh menggunakan komputer tanpa bantuan oleh petugas. Beliau juga diajar menggunakan Microsoft Office, penggunaan Internet dan Multimedia, Media Massa dan sebagainya.
2 ) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN
NAMA : NOR AMIRA BINTI RAZALI
UMUR : 29 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI : 2014
LATAR BELAKANG
Puan Amira merupakan seorang ibu yang mempunyai dua orang anak dan bekerja sebagai pengurus. Menjalankan perniagaan makanan ringan dan kering atas talian dan dropship.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Sebelum menggunakan ICT, beliau hanya menjual produk kepada jiran-jiran dan rakan kenalan. Pendapatannya hanya tidak kurang RM500 sebulan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Selepas bekerja, galakan daripada rakan-rakan dan pihak atasan supaya berniaga atas talian menggunakan media sosial, beliau mengambil peluang untuk berniaga sambil bekerja dan mempelajari setiap perkara dan maklumat-maklumat terkini secara online.
3 ) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN
NAMA : ASARUDDIN BIN ZOLKEPLI
UMUR : 33 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI : 2014
LATAR BELAKANG
En. Asar seorang pekerja sektor kerajaan berjawatan penolong pegawai pertanian di Majlis Perbandaran Kuantan. Beliau menjalankan perniagaan penternakan kerbau dan lembu.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Sebelum penggunaan ICT, perniagaan beliau tidak dapat meluaskan perniagaannya ke luar kawasan. Permintaan daging segar terhad kepada perniagaan ketering tempatan sahaja. Anggaran bulanan perniagaannya sebanyak RM5000.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Selepas penggunaan ICT, perniagaan beliau semakin berkembang maju dan lebih dikenali ramai orang yang berada di luar kawasan. Beliau juga, telah mendapat permintaan yang tinggi untuk daging segar dan juga tempahan kerbau dan lembu. Beliau menggunakan media sosial facebook dan whatapps. Dan juga, promosi melalui Dashboard Komuniti. Pendapatan beliau telah mencecah puluhan ribu ringgit.