MADU TUALANG
Keunikan setiap kawasan berbeza,persekitaran akan mempengaruhi sesuatu produk yang dikeluarkan bagi setiap kawasan, begitu banyak faktor yang mempengaruhi pengeluaran produk tempatan.
Keindahan dan kehijauan persekitaran Kampung Bukit Kening bukan sahaja menyejukan mata memandang malahan terdapatnya khasiat semulajadi yang terkandung di sebalik kehijauan yang melata.
Madu Tualang adalah produk utama yang terhasil dari persekitaran hijau yang melata itu, Khasiat Madu sememangnya diketahui ramai, jika madu biasa amat dicari oleh sekian ramai orang apatah lagi Madu Tualang yang amat tinggi khasiatnya.
Madu tualang mendapat namanya dari Pokok Tualang yang berketinggian 88 meter @ 289 kaki. Madu Tualang mengandungi pellbagai khasiat antaranya:-
- 1) Mengembalikan Kekuatan Tubuh
- 2) Membersih Dan menambah darah.
- 3) Menambah Kejelitaan Bagi Wanita.
- 4) Menstabilkan Kandungan Gula Dalam Darah.
- 5) Menguatkan Jantung, buah pinggang dan badan.
- 6) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh
- Kualiti dan khasiat Madu tulang telah diperakui oleh pelbagai pihak, Kampung Bukit Kening amat bertuah kerana kehadiran Kawanan ini disekitar kawasan hutan berdekatan telah menjadikan Kampung Bukit Kening menjadi salah satu hub pengeluaran bagi penduduk sekitar dan kawasan-kawasan berhampiran untuk mendapatkan Madu Tualang yang asli dari hutan semulajadi.
Produk Madu Tualang ini amat tinggi sambutanya dan telah dipasarkan kepelusuk daerah di Negeri Pahang .



