1) KISAH KEJAYAAN – CELIK IT
Nama | :Siti Azura Binti Ahmad |
Umur | : 34 Tahun |
Tahun menjadi ahli | : 2015 |
LATAR BELAKANG
Puan Azura penduduk tetap di Kampung Huma Luas. Beliau merupakan surirumah sepenuh masa dan tidak pernah bekerja. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Sebelum terlibat dengan ICT, beliau tidak pernah mempelajari menggunakan komputer kerana bagi beliau tiada kepentingan untuk menggunakannya. Beliau merupakan ahli Pergerakan Wanita Pekebun Kecil(PWPK) Huma Luas dan sering mengikuti aktiviti dan kelas yang diadakan.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Apabila Puan Azura melibatkan dengan aktiviti, pelbagai kemahiran yang telah beliau pelajari. Sebagai contohnya, beliau mempelajari asas-asas menggunakan komputer dan internet. Sebelum ini, beliau tidak pernah menggunakan komputer tetapi setelah menghadiri kelas-kelas yang diadakan di PI, beliau makin mahir dan boleh menggunakan komputer. Beliau juga boleh membuat menaip surat sendiri tanpa tunjuk ajar dari petugas. Malah beliau juga acapkali membuat transaksi secara online.
2) KISAH KEJAYAAN -USAHAWAN
Nama | : Harisun Binti Che Ani |
Umur | : 43 Tahun |
Tahun menjadi ahli | : 2016 |
LATAR BELAKANG
Puan Harisun merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai 3 orang anak dan kesemuanya masih bersekolah. Suaminya bekerja di Pengurusan Air Pahang Berhad.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Sebelum ini, Puan Harisun tidak pernah melibatkan diri dalam bidang perniagaan samaada dalam talian ataupun luar talian. Sememangnya beliau surirumah sepenuh masa. Menurut Puan Harisun, kadang kala beliau berasa agak bosan dan ingin membuat sesuatu yang boleh mendatangkan sumber pendapatan kepadanya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Puan Harisun sering mengikuti kelas-kelas yang diadakan kerana beliau ingin mengisi masa terluang dan menambah ilmu pengetahuannya. PEDi sering mengadakan kelas-kelas masakan bagi golongan wanita, dan daripada situ beliau ingin melibatkan dalam bidang keusahawanan. Beliau telah mempelajari teknik keusahawanan yang betul, cara mempromosikan produk & perkhidmatannya di laman Facebook dan whatsapp. Beliau juga mempelajari menggunakan Microsoft Office bagi memudahkan urusannya. Menurut Puan Harisun juga, beliau kini memperoleh sumber pendapatan dan dapat membantu menambah pendapatan keluarganya
3) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN
Nama | : Noryanti Binti Said |
Umur | : 43 Tahun |
Tahun menjadi ahli | : 2014 |
LATAR BELAKANG
Puan Noryanti merupakan suri rumah sepenuh masa. Beliau mempunyai 5 orang anak dan kesemuanya masih bersekolah. Suaminya bekerja di Tenaga Nasional Berhad.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Sebelum ini, beliau tidak pernah melibatkan diri dalam bidang perniagaan samaada dalam talian ataupun luar talian. Sememangnya beliau surirumah sepenuh masa. Menurut beliau, kadang kala beliau berasa agak bosan dan ingin membuat sesuatu yang dapat membantu meningkatkan ekonomi keluarganya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Menurutnya, kini beliau memperoleh sumber pendapatan dan dapat membantu menambah pendapatan keluarganya.