MEMASAK ASYURA 2019
Memasak bubur asyura merupakan aktiviti tahunan bagi penduduk Kampung Bukit Kening. Aktiviti ini diadakan pada 22 September 2019 sempena menyambut kedatangan bulan Muharram. Sebanyak 4 kawah dimasak yang melibatkan hampir 40 orang penduduk kampung. Aktiviti seperti ini memberi impak kepada penduduk kampung kerana ia dapat memupuk semangat muhibbah dan muafakat antara komuniti kampung serta mengeratkan hubungan silaturrahim antara mereka