LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Che Muhammad Haiman Bin Che Mahmud
Umur : 15 Tahun
Pekerjaan : Sekolah Menengah
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan
Aiman merupakan seorang pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran. Ayahnya menoreh getah dan ibunya mengambil upah menjahit baju.
Sebelum terlibat dengan ICT,beliau seorang yang tidak mempunyai asas dalam ICT. Beliau seorang yang berasa rendah diri, dan tidak mepunyai keyakinan diri untuk bergaul dengan masyarakat dan rakan sebaya.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan
Selepas melibatkan diri dengan pelbagai kelas ICT, petugas membuka ruang untuk pelajar OKU yang ingin belajar dan menggunakan ICT. Beliau telah mengikuti beberapa kelas yang dianjurkan. Beliau semakin mahir dalam penggunaan ICT seperti media sosial dan juga perisian lain. Beliau mempunyai minat yang mendalam terhadap lukisan animasi dan sering mempelajarinya di atas talian.
Apakah yang Telah Dipelajari Melalui
1. Mempelajari menggunakan komputer dan asas-asasnya
2. Mempelajari berkaitan Microsoft Office
3. Mempelajari asas-asas internet seperti Media Sosial.
Bagaimana membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
1. memberi tunjuk ajar dan penerangan menggunakan ICT dengan bijak
2. menyediakan kelas Microsoft Office pada setiap hari sabtu dan ahad
3. memberi tunjuk ajar dalam penggunaan internet