AKTIVITI BELIA (SILAT CEKAK SENI HARIMAU)
Silat merupakan seni mempertahankan diri tradisional orang melayu. Silat cekak harimau merupakan sejenis perguruan silat yang berasal daripada Pahang. Silat ini diasaskan oleh Osman bin Nok hasil gabungan dari aliran Silat Cekak dari Palembang, Silat Harimau dan Silat/Amalan Sabilulah. Beliau mempelajari Silat Cekak dari ayahnya, Silat Harimau dari Ahmad Laili dan amalan Sabilullah dari Yahya Dewa.
Pada 29 September 2017, 8:30 malam telah diadakan Majlis Perasmian Pembukaan Gelanggang Pertubuhan Silat Cekak Harimau Malaysia Cawangan Sekara Maran Pahang. Perasmian ini dilakukan oleh Dato’ Osman Nok (Guru Utama). Golongan belia ramai melibatkan diri tanpa kira usia, dari peringkat sekolah menengah sehingga golongan dewasa.
Aktiviti seperti ini sangat bermanfaat kepada golongan belia pada hari ini kerana ia dapat mengurangkan golongan belia daripada terlibat dengan perkara yang tidak berfaedah. Di samping itu, ia melatih belia untuk mempertahankan diri daripada serangan musuh.