MENDAKI BUKIT KERTAU
Bukit Kertau terlipat dalam sejarah sebagai rujukan sistem pemetaan Semenanjung Malaysia pada tahun 1948 sbg titik asalan (origin). Mengikut kepercayaan orang pada zaman dahulu, di Bukit Kertau terdapat seekor Harimau yg sudah begitu tua sehingga gedabai perutnya mencecah ketanah. Harimau gembala ini menjadi penjaga @ penunggu di Bukit tersebut dan dikata masih ada sehingga hari ini. Menurut mereka, apabila harimau yang dikenali sebagai ‘Bujang Kertau’ mengaum menandakan akan berlakunya sesuatu musibah. Ini dikatakan berlaku ketika bah besar 1970 dan 2014. Pada hari ini, Bukit Kertau semakin popular dan menjadi tempat pendakian penduduk sekitarnya mahupun orang luar.