mcmc
Makanan

GULAI LEMAK KULAT SISIR

Kepelbagaian budaya yang terdapat di Malaysia telah melahirkan pelabagai jenis makanan yang melambangkan budaya kehidupan sesuatu kaum. Makanan juga menjadi identiti penduduk bagi sesebuah Negeri serta Daerah, Pahang adalah Negeri terbesar di semenanjung Malaysia yang mana mempunyai pelbagai makanan tradisi yang mewakili setiap Daerah.

Kampung Bukit Kening yang terletak di dalam Daerah Maran juga tidak ketinggalan dengan keenakan makanan, Terdapat pelabagai jenis makanan yang boleh diperolehi di kampung Bukit Kening yang mana ianya adalah makanan tradisi sejak dahulu lagi.

 

Gulai Lemak kulat sisir adalah salah satu makanan tradisi yang semakin dilupakan, ianya sesuatu yang janggal bagi generasi masa kini. Kulat sisir biasanya boleh diperolehi di dalam kawasan kebun yang mana terdapatnya pokok-pokok yang telah mati. Kesukaran mendapatkan kulat sisir ini menjadikan ianya sesuatu yang eksklusif dan agak mahal harganya jika menikamati masakan ini di kedai-kedai di sekitar bandar Maran dan Temerloh.

Keenakan kulat sisir disebabkan oleh kepelbagaian bahan yang digunakan semasa proses memasak, tidak ramai generasi kini yang mewarisi cara memasak kulat sisir pada masa kini.