BEREHAT DI JETI WARISAN SEJARAH JETI CHENOR
Menurut maklumat di Galeri Pelancongan Chenor, Jeti Chenor mula digunakakan oleh penduduk sekitar sebagai pusat pengangkutan air (Sungai Pahang) samada bagi tujuan pengangkutan bekalan makanan dan juga penduduk sejak awal 1900an. Pengunaan jeti ini semakin berkurangan sejak Jambatan Sultan Haji Ahmad Shah siap dibina pada 2004. Jeti Chenor masih dikekalkan kerana masih terdapat penggunaannya oleh nelayan kecil dan ianya juga dijadikan tempat untuk kita turun bagi menaiki bot untuk menyusuri Sungai Pahang. Terdapat kerusi dan meja disediakan bersebelahan dengan jeti di mana kita boleh berehat dan menjamu selera kerana terdapat juga kedai-kedai makan di sini.