SAYUR-SAYURAN
Ladang sayur ini diusahakan oleh Encik Zolkepli Bin Hussin. Beliau berasal dari Kampung Tanjung Kertau. Beliau berusia 54 tahun dan sehingga kini beliau mengusahakan perniagaan berasaskan pertanian dan penternakan. Beliau mempunyai 3 orang pekerja untuk menguruskan ladang sayur-sayuran. Selain menjual kepada masyarakat kampung, beliau juga menghantar jualan tersebut kepada pemborong sayur-sayuran. Jualan sayur-sayuran seperti terung, lada, jagung, dan pisang dijual dengan harga RM2.00 sepinggan.