mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEDUA 2017

1) KISAH KEJAYAAN CELIK IT

NAMA  : PUAN JANARIAH BINTI ABU SEMAN

UMUR  : 45 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI  : 2015

LATAR BELAKANG

Puan Janariah merupakan seorang guru tadika di Kampung Machang Gelap. Beliau berumur 45 tahun. Beliau mempunyai 3 orang anak. Semasa penglibatan beliau di dalam dunia pendidikan awal kanak-kanak, penggunaan ICT tidak menjadi keperluan di dalam tugasannya.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Puan Janariah mempunyai pendidikan sehingga peringkat menengah. Beliau telah menjadi guru selama 20 tahun dan di awalnya penggunaan ICT sangat sedikit dan tidak menjadi kepentingan untuk mereka mempelajari ICT. Oleh itu, kebanyakkan guru tadika yang seusia beliau tidak mahir dalam menggunakan ICT.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Setelah diwujudkan disini, banyak perubahan yang telah berlaku kepada Puan Janariah. Tuntutan dan tugasan yang mengikut peredaran zaman dan masa memerlukan beliau belajar ICT. Setiap minggu beliau datang untuk belajar asas – asas Microsoft Office seperti Excel. Beliau juga mengajak rakan-rakan guru yang lain untuk turut sama belajar.

 

2) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN

NAMA  : SYAHIRAH BINTI MOHAMED KHALID

UMUR  : 28 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI  : 2015

PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN : SHAWL DAN BARANG KECANTIKAN

LATAR BELAKANG

Cik Syira merupakan lepasan graduan ijazah sarjana muda bidang Pengurusan Sumber Manusia yang tidak mempunyai pekerjaan tetap. Beliau telah mencuba pelbagai bidang pekerjaan namun tidak berkekalan. Sebagai anak sulung dalam keluarga, tanggungjawabnya kepada keluarga dianggap sangat tinggi. Pelbagai cabaran dan dugaan yang dihadapi dalam menempuhi alam pekerjaan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Sebelum menggunakan ICT, beliau hanya menjual produknya kepada jiran-jiran dan rakan kenalan. Beliau hanya membeli shawl yang terdapat di pasaran dan menjualnya dengan kuantiti yang sedikit. Pendapatan yang diterima kurang daripada RM1000.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Selepas melibatkan diri dalam kelas latihan atau bengkel yang dianjurkan, beliau berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan, dan meningkatkan pendapatan. Setelah mengikuti kelas dan bengkel, beliau telah mencari sebanyak mungkin manfaat yang boleh digunakan dengan internet. Beliau telah belajar membuat dan menjahit sendiri dengan bantuan rakannya untuk dipasarkan. Hasil jualan secara atas talian dan jualan langsung memberi perubahan yang besar dari segi pendapatannya. Beliau pernah mendapat RM1000 semalam semasa menjual produknya di ‘Car Boot Sale’.

3) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN

NAMA  : WAN RADZIAH BINTI WAN AHMAD

UMUR  : 47 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI  : 2016

PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN : MAKANAN SEJUK BEKU

LATAR BELAKANG

Puan Wan merupakan anak Jati Pahang yang menetap di Kampung Huma Luas. Beliau telah berkecimpung dalam bidang perniagaan daripada tahun 2010. Permulaan perniagaan beliau hanya secara kecil-kecilan dimana beliau hanya membuat kuih yang ditempah oleh penduduk kampung. Disebabkan permintaan kuih daripada penduduk kampung meningkat, beliau mengambil satu peluang yang  telah diberikan oleh kerajaan dengan memohon bantuan daripada pihak RISDA. Dengan meneliti segala aspek, pihak RISDA telah meluluskan permohonan beliau. Beliau telah mendapat bantuan dari segi kewangan dan peralatan untuk memproses kuih-kuihnya. Kini, beliau telah mampu mengembangkan perniagaannya dan produknya telah memasuki pasaran Pasaraya Darul Makmur(PDM). Perniagaan ini juga dibantu oleh suami serta anak-anaknya.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Sebelum menggunakan ICT, beliau hanya membuat kuih berdasarkan tempahan daripada penduduk kampung. Tempahan yang dibuat hanya melalui mesej, panggilan ataupun pertemuan dengan penduduk kampung. Dari segi penggunaan komputer, beliau tidak pandai untuk menggunakannya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Selepas melibatkan diri dalam kelas latihan atau bengkel yang dianjurkan, beliau berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan, dan meningkatkan pendapatan keluarganya. Setelah mengikuti kelas dan bengkel yang dianjurkan, beliau telah mencari sebanyak mungkin manfaat yang boleh digunakan dengan internet. Beliau juga mempelajari cara-cara memasarkan produk  menggunakan teknologi hari ini.