1 ) KISAH KEJAYAAN CELIK IT
NAMA : NURUL NATASYA AIDA BINTI ABDUL AZIZ
UMUR : 17 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI : 2015
LATAR BELAKANG
Adik Natasya merupakan pelajar Tingkatan lima di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan. Beliau adalah pemegang kad Orang Kurang Upaya(OKU) kerana mempunyai masalah pembelajaran. Dari segi fizikal, beliau dilihat normal dan tidak mempunyai apa-apa masalah.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Adik Natasya sering datang untuk belajar menggunakan komputer. Pada sebelum ini, beliau langsung tidak pandai menggunakan komputer malah tidak diajar dalam penggunaan komputer.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Petugas seringkali mengadakan aktiviti dan kelas bersama-sama dengan beliau. Salah satu aktiviti yang dilakukan oleh petugas adalah menonton Youtube yang berkaitan dengan pembelajaran. Aktiviti pembelajaran seperti itu dapat menarik minat adik Natasya untuk meningkatkan ilmu pengetahuan malah mempelbagaikan cara sesi pembelajaran beliau. Daripada aktiviti-aktiviti yang dilakukan, petugas melihat ia memberi kesan yang positif kepada tahap pembelajaran adik Natasya. Di samping itu, tahap keyakinan beliau juga semakin meningkat kerana petugas sering mengadakan aktiviti bersama pelajar lain yang membantu beliau membina keyakinan dirinya. Bukan itu sahaja, tahap pembacaan beliau juga semakin lancar hasil daripada kuiz yang sering diadakan oleh petugas.
2 ) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN
NAMA : SUHAILI BINTI RAMLEE
UMUR : 37 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI : 2014
LATAR BELAKANG
Puan Suhaili merupakan tukang jahit pada sebelum ini. Namun, tempahan yang diterima kurang dan hanya pada musim-musim perayaan sahaja. Suaminya bekerja sebagai pegawal keeselamatan di sebuah sekolah dan mempunyai 3 orang anak yang masih bersekolah. Bagi meningkatkan taraf hidup dan pendapatan mereka sekeluarga, Puan Suhaili mengambil inisiatif membuka gerai makan di Bandar Baru Chenor.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Puan Suhaili kurang menggunakan ICT. Menurutnya, penggunaan ICT agar sukar kerana beliau kurang menggunakannya. Dari segi promosi, beliau juga tidak mendapat pendedahan tentang teknik-tekniknya. Beliau hanya menggunakan secara manual tanpa menggunakan teknologi yang ada pada hari ini.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Selepas melibatkan diri dengan aktiviti dan kelas, dapat dilihat penambahbaikan dalam penggunaan teknologi serta promosi yang dilakukan oleh Puan Suhaili. Malah, pendapatan mereka sekeluarga semakin bertambah melalui pembukaan gerai makanan. Sebelum ini, pendapatan beliau hanya bergantung kepada gaji pengawal keselamatan suaminya sahaja.
3 ) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN
NAMA : NOR HAYATI BINTI IDRIS
UMUR : 46 TAHUN
TAHUN MENJADI AHLI : 2015
LATAR BELAKANG
Puan Hayati merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau dan suami bersama-sama mengusahakan projek madu kelulut.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Beliau tidak pernah menggunakan komputer sebelum ini. Setelah mengetahui menyediakan kelas-kelas berkaitan komputer, beliau mengambil peluang untuk mempelajari secara percuma. Sebelum ini, penggunaan telefon bimbit hanya digunakan untuk menelefon atau mengangkat panggilan. Beliau kurang didedahkan dengan penggunaan ICT yang lebih meluas.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Setelah banyak menghadiri kelas-kelas yang diadakan, beliau semakin mahir menggunakan komputer. Malah, penggunaan telefon bimbit juga digunakan dengan sebaiknya. Beliau lebih aktif mempromosikan madu kelulut melalui whatsapp, disamping mengambil peluang berniaga di expo-expo yang diadakan di kawasan sekitarnya. Beliau juga diajar teknik-teknik fotografi untuk produk dengan cara yang betul. Teknik fotografi yang betul adalah salah satu faktor yang mampu menarik minat pembeli untuk membeli sesuatu produk. Bukan itu sahaja, beliau belajar cara mengedit gambar untuk menjadikan sesuatu gambar lebih cantik dan menarik.