mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KEEMPAT 2018

1 ) KISAH KEJAYAAN CELIK IT

NAMA  : SAADIAH BINTI KAMARUZAMAN

UMUR  : 34 TAHUN 

TAHUN MENJADI AHLI  : 2018

LATAR BELAKANG

Saadiah bekerja sebagai kerani di Petronas Kampung Awah. Beliau mempunyai tahap pendidikan sehingga Sijil Pelajaran Malaysia.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Beliau telah hadir  untuk menjadi ahli. Menurut Saadiah, beliau ingin mempelajari berkenaan asas-asas komputer kerana ia sebagai keperluan seorang kerani mengetahui asas-asas komputer. Beliau tidak mahir & memerlukan tunjuk ajar dalam penggunaan komputer.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Beliau minta petugas untuk memberi tunjuk ajar dalam penggunaan komputer. Sekiranya beliau tidak tahu untuk membuat tugas kerani yang perlu diselesaikan yang memerlukan penggunaan komputer, beliau hadir untuk menyiapkan dan diberi tunjuk ajar oleh petugas. Bahkan memudahkan beliau menyelesaikan tugasnya kerana memiliki kemudahan yang lengkap seperti komputer dan internet. Setelah melibatkan diri dalam kelas yang diberikan, beliau makin mahir dalam penggunaan komputer, malah boleh menyelesaikan sendiri tugasnya tanpa bantuan daripada petugas.

 

2 ) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN

NAMA  : NOR IZATI BINTI RAZALI

UMUR  : 25 TAHUN 

TAHUN MENJADI AHLI  : 2014

LATAR BELAKANG

Puan Izati merupakan surirumah sepenuh masa. Pendapatan mereka sekeluarga bergantung kepada suaminya sahaja. Beliau merupakan anak jati Kg Bukit Kening dan kini menetap di Chini kerana mengikut suaminya yang bekerja disana.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Beliau kurang mahir dalam penggunaan komputer. Apabila pulang ke kampung, beliau rajin menghadiri kelas-kelas yang diadakan. Daripada kelas yang dihadiri, beliau mula berminat untuk menambah pendapatan mereka sekeluarga dengan menjadi dropship produk kesihatan

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Beliau semakin mahir dalam membuat pengiklanan di media sosial terutama Facebook. Setiap hari beliau akan post sesuatu berkenaan produk bagi menarik minat pembaca untuk membeli. Menurut beliau, dengan hasil menjadi dropship dapat menambah pendapatan mereka sekeluarga dan beliau dapat memenuhi kehendaknya pada setiap bulan.

 

3 ) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN

NAMA  : MIRANI BINTI IBRAHIM

UMUR  : 45 TAHUN 

TAHUN MENJADI AHLI  : 2018

LATAR BELAKANG

Puan Mirani atau nama samarannya ialah ‘Mak Lang’ berasal dari negeri Kelantan dan telah berkahwin dengan penduduk kampung Chenor. Minat terhadap makanan telah membuka peluang untuknya membuka kedai makan di Bandar Lama Chenor.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Sebelum menggunakan ICT, kedai beliau hanya dikenali oleh penduduk tempatan sahaja. Pendapatan yang diterima dalam sehari lebih kurang RM 300 dan kebawah.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Setelah beliau menghadiri kelas yang disediakan, beliau telah sederhana mahir dalam bidang komputer dan mengetahui terdapat pelbagai cara bagaimana ingin berniaga secara online seperti mengiklan kan di facebook.