mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN KETIGA 2017

1 ) KISAH KEJAYAAN CELIK IT

NAMA  : PUAN KAMAZIAH A/P BAH KAMPUNG

UMUR  : 36 TAHUN 

TAHUN MENJADI AHLI  : 2015

LATAR BELAKANG

Puan Kamaziah merupakan penduduk yang berbangsa Asli dan telah menetap di Kampung Paya Besar. Sekarang, beliau adalah seorang guru di TABIKA KEMAS Paya Besar.  Beliau sekarang berkhidmat sebagai Guru TABIKA KEMAS di Paya besar.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Menurut beliau, sebelum ini, laporan ataupun kerja kursus hanyalah ditulis menggunakan tangan mahupun mesin taip. Pada zaman dahulu penggunaan komputer adalah kurang berbanding pada hari ini. Malah dirumahnya juga tiada komputer kerana beliau lebihkan perbelanjaan kepada perkara yang lebih memerlukan. Pada hari ini, penggunaan ICT lebih meluas dah pihak KEMAS mahukan setiap guru mestilah mahir berkaitan komputer. Segala laporan ataupun kerja kursus mestilah dihantar melalui cetakan komputer ataupun whatsapp.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Setelah diwujudkan, beliau mengambil inisiatif untuk mempelajari berkaitan komputer dan internet bagi memudahkan kerja dilakukan. Beliau mempelajari daripada asas komputer sehingga beliau sudah mahir menggunakan Microsoft Excel pada hari ini. Setiap kali laporan perlu dibuat, beliau akan hadir bagi menyiapkan tugasan tersebut kerana menurut beliau disini lebih mudah kerana segala kemudahan telah disediakan.

 

2) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN

NAMA  : PUAN NORAFZAH BINTI MOHD SHARIF

UMUR  : 41 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI  : 2014

PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN : MENJUAL PAKAIAN WANITA DALAM TALIAN

LATAR BELAKANG

 Puan Norafzah merupakan komuniti di Kampung Bukit Kening. Beliau berumur 41 tahun dan merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau mempunyai 5 orang anak, tiga orang sudah bekerja dan lagi dua masih bersekolah. Semenjak berkahwin, beliau tidak pernah bekerja dan tiada mempunyai pendapatan. Malah suaminya juga tiada pendapatan tetap kerana bekerja sebagai penoreh getah.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Puan Norafzah mempunyai pendidikan sehingga peringkat menengah. Disebabkan oleh kesusahan hidup, beliau tidak meneruskan pembelajarannya dan tiada asas berkaitan ICT. Malah tempat atau medium untuk beliau mempelajari berkaitan ICT juga tiada di kawasan penempatannya sebelum ini. Beliau juga aktif dalam terlibat aktiviti-aktiviti yang ada dikampung ini.  

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Setelah diwujudkan disini, banyak perubahan yang telah berlaku kepada Puan Norafzah. Melalui aktiviti atau latihan yang sering dianjurkan, beliau sentiasa melibatkan diri dan  merupakan komuniti yang aktif disini. Daripada beliau tiada whatsapp, Facebook, dan tidak mengetahui untuk menggunakan komputer, hari ini beliau sudah pandai menggunakan ICT tersebut. setelah melihat kemajuan pada diri beliau . Setelah beliau mempeljari penggunaan komputer dan internet, beliau mula melibatkan diri dalam perniagaan online. Petugas memberi semangat dan tunjuk ajar kepada beliau dalam cara-cara untuk mempromosikan produk dari segi peelbagai aspek. Di samping itu, petugas juga sering mengadakan aktiviti bersama usahawan yang berjaya supaya dapat menaikkan lagi semangat masyarakat untuk memperoleh pendapatan dengan cara lebih mudah dan boleh bekerja di rumah sahaja.

 

3) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN

NAMA  : NURFAZLINA BINTI RAZALI

UMUR  : 18 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI  : 2017

PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN : PRODUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN

LATAR BELAKANG

Puan Ana seorang staf salah sebuah syarikat insurans di ibu negara. Apabila beliau  pulang ke kampung  sering untuk mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Beliau memilih untuk belajar kerana kelas yang diberikan adalah percuma berbanding dengan kelas keusahawanan yang dianjurkan oleh pihak luar secara berbayar dengan mengenakan bayaran yang tinggi.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Selepas melibatkan diri dalam kelas latihan atau bengkel yang dianjurkan, beliau berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan, dan meningkatkan pendapatan. Setelah menjalani latihan keusahawanan yang diadakan, kini beliau telah mempunyai laman facebook, page facebook, serta kumpulan whatsapp untuk perniagaannya. Beliau telah mempunyai pelanggan tetap dan juga menjadi ejen kepada pelbagai produk kecantikan dan kesihatan.