mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA 2018

1 ) KISAH KEJAYAAN CELIK IT

NAMA  : NUR AMIRA BINTI ALI

UMUR  : 15 TAHUN 

TAHUN MENJADI AHLI  : 2018

LATAR BELAKANG

Amira merupakan pelajar Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Afzan. Beliau merupakan pelajar dari kelas pendidikan khas dan memegang kad Orang Kurang Upaya (OKU). Beliau mempunyai masalah dari segi pembelajaran sejak dari kecil lagi.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Bapa Amira telah mengambil inisiatif untuk menghantar anaknya belajar komputer. Bapanya telah mendaftarkan anaknnya sebagai ahli. Menurut bapanya, penggunaan komputer di sekolah adalah kurang terutama bagi pelajar pendidikan khas. Memandangkan teknologi hari ini terlalu pesat, beliau merasakan perlu untuk anaknya mempelajari berkaitan komputer supaya anaknya seiring dengan pelajar-pelajar normal. Anaknya tahu serba sedikit tentang komputer tetapi dari segi penggunaannya agak kurang mahir.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Petugas mengadakan kelas untuk Amira pada setiap hari Isnin dan Jumaat. Kelas yang diadakan bermula dari peringkat bawah iaitu menerangkan tentang komponen-komponen komputer. Seterusnya, diadakan kelas Microsoft Word dimana beliau diajar membuat surat, membuat kotak dan sebagainya. Sehingga harini ini, petugas dapat melihat pencapaian yang dilakukan oleh Amira dimana beliau semakin mahir dalam menggunakan Microsoft Word dan penggunaan internet. Ini adalah salah satu pencapaian yang sangat memuaskan bagi pihak ayahnya.

 

2 ) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN

NAMA  : NOR HAYATI BT  MOHD SALLEH

UMUR  : 33 TAHUN 

TAHUN MENJADI AHLI  : 2017

LATAR BELAKANG

Puan Yati merupakan kakitangan awam yang bekerja sepenuh masa dan tinggal di Kuantan. Beliau merupakan graduan kelulusan Ijazah di Universiti awam. Disamping berkhidmat di Jabatan Kerajaan, beliau juga aktif dalam bidang perniagaan online.   

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Beliau pernah menggunakan komputer sebelum ini. Namun, beliau kurang mahir kerana tidak mempraktikkan dan kurang menggunakannya. Kemudian, setelah menjadi ahli beliau meminta kepada petugas untuk mempelajari semula berkaitan dengan penggunaan ICT dan media sosial.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Pada setiap hari minggu, beliau balik ke Kampung Bukit Kening (kampung halaman) dan memberi ruang untuk dirinya mencari ilmu mengenai dunia perniagaan secara online dengan cara belajar. Selepas mempelajari kaedah-kaedah untuk memasarkan produk di atas talian, beliau menjadi semakin mahir dan mencari satu perniagaan yang berasaskan produk kesihatan dan menjadi ejen kepada produk tersebut. Selain memasarkan di atas talian, beliau juga menjadikan sebagai tempat untuk membantu memasarkan barangannya. Seperti minyak asmak, barangan Tupperware dan barangan kosmetik bagi memudahkan komuniti setempat membeli barangannya. Hampir setiap hari, komuniti datang  untuk mendapatkan barangannya. Penggunaan media sosial terutamanya facebook sangat membantu beliau menjana perdapatan sampingan. Pendapatannya semakin bertambah selepas menggunakan media sosial sebagai platform perniagaannya.

 

3 ) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN

NAMA  : SITI ZULAIHA BINTI HALIM

UMUR  : 24 TAHUN 

TAHUN MENJADI AHLI  : 2016

LATAR BELAKANG

Puan Zue merupakan seorang ibu yang mempunyai seorang anak. Ibu muda ini tidak mempunyai pekerjaan. Beliau minat berniaga kerana keluarga beliau telah diasuh untuk berniaga sejak dari kecil. Minat yang mendalam dalam perniagaan telah mendesak beliau untuk melibatkan diri dalam perniagaan secara atas talian.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Beliau pernah menggunakan komputer sebelum ini. Namun, beliau kurang mahir kerana tidak mempraktikkan dan kurang menggunakannya. Kemudian, setelah menjadi ahli beliau meminta kepada petugas untuk mempelajari semula berkaitan dengan penggunaan ICT dan media sosial.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Selepas mengikuti kelas – kelas keusahawanan yang dianjurkan, seperti kelas media sosial dan perbankan dalam talian, beliau dapat menjadi ejen dropship pelbagai jenis barangan. Untuk mendapat keyakinan pelanggan mengenai jualannya adalah sukar namum dengan mempelajari startegi untuk menarik pelanggan atas talian untuk membeli barangannya. Apabila tiba musim raya, permintaan pelanggan untuk memdapat pakaian raya sangat tinggi dan dapat meningkatkan pendapatan beliau. Setiap hari beliau mendapat berpuluh-puluh pelanggan. Kesukaran untuk berniaga secara langsung kerana tugas seorang ibu dan isteri tidak membataskan beliau untuk mempunyai pendapatan sendiri.