1) KISAH KEJAYAAN – CELIK IT
Nama | : Hajariah Binti Othman |
Umur | : 38 Tahun |
Tahun menjadi ahli | : 2017 |
LATAR BELAKANG
Puan Hajariah merupakan seorang surirumah yang mempunyai 3 orang anak yang masih kecil dan bersekolah. Beliau baru sahaja menetap di Kampung Sekara kerana mengikut suami pulang ke kampung halaman.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Sebelum terlibat dengan ICT, beliau hanya mempelajari asas sahaja semasa melanjutkan pelajaran di IPTA. Setelah berkahwin, beliau tidak lagi memceburi bidang ICT ini kerana kekangan keluarga.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Setelah berpindah, beliau sering menggunakan perkhidmatan di PEDi kerana beliau menyifatkan PEDi di luar bandar sangat memberi manfaat kepada komuniti. Beliau sering mengikuti kelas-kelas yang diadakan oleh PI. Iainya memudahkan aktivitinya malah kediamannya berdekatan.
2) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN
Nama | : Satuyah Binti Hashim |
Umur | : 50 Tahun |
Tahun menjadi ahli | : 2019 |
LATAR BELAKANG
Puan Satuyah merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau memulakan bisnes menjual madu kelulut dan telur itik pada tahun 2017.
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Puan Satuyah menjual madu kelulut dan telur itik secara offline. Beliau kurang mahir dalam menggunakan telefon bimbit dan komputer. Kebanyakan pembeli daripada penduduk disekitar rumahnya kerana beliau kurang pendedahan untuk mempromosikan produknya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Apabila beliau melibatkan diri dengan aktiviti, beliau makin berminat untuk mempelajari berkenaan komputer dan internet. Puan Satuyah makin mahir dalam menggunakan komputer. Buat masa ini, beliau hanya mempromosikan produknya di whatsapp sahaja. Menurut beliau, dengan ilmu yang diberikan oleh petugas berkenaan dengan keusahawanan, pendapatan dan jualannya semakin meningkat.
3) KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN
Nama | : Mohd Syahfiz Bin Nazrul |
Umur | : 27 Tahun |
Tahun menjadi ahli | : 2016 |
LATAR BELAKANG
Encik Syahfiz merupakan usahawan muda dibawah kelolaan RISDA. Beliau mula melibatkan diri dalam bidang pertanian ketika berusia 26 tahun. Tanaman yang diusahakan adalah lada fertigasi, dan sekarang beliau juga mengusahakan tanaman terung
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Sebelum ini beliau kurang pendedahan dalam penggunaan komputer. Beliau menjual hasil tanamannya kepada penduduk di kawasan sekitarnya. Beliau menggunakan kaedah secara bertulis untuk merekodkan segala aktiviti perniagaannya.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Menurut beliau, hasil pendapatannya semakin meningkat selepas beliau membuat promosi di media sosial seperti whatsapp dan facebook. Selain itu juga,beliau telah merekodkan segala aktiviti perniagaan menggunakan Microsoft Word dan Excel.