mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN SUKU TAHUN PERTAMA 2017

KISAH KEJAYAAN – CELIK IT

NAMA  : PUAN NORAFZAH BINTI MOHD SHARIF

UMUR  : 41 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI  : 2014

LATAR BELAKANG

Puan Norafzah merupakan komuniti di Kampung Bukit Kening. Beliau berumur 41 tahun dan merupakan surirumah sepenuh masa. Beliau mempunyai 5 orang anak.  Beliau langsung tiada asas berkaitan komputer mahupun ICT.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Puan Norafzah mempunyai pendidikan sehingga peringkat menengah. Disebabkan oleh kesusahan hidup, beliau tidak meneruskan pembelajarannya dan tiada asas berkaitan ICT. Malah tempat atau medium untuk beliau mempelajari berkaitan ICT juga tiada di kawasan penempatannya. Maka, beliau agak sukar untuk mengetahui berkaitan teknologi dan ICT menyebabkan beliau agak mundur.  

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Setelah diwujudkan disini, banyak perubahan yang telah berlaku kepada Puan Norafzah. Melalui aktiviti atau latihan yang sering dianjurkan, beliau sentiasa melibatkan diri dan  merupakan komuniti yang aktif disini. Daripada beliau tiada whatsapp, Facebook, dan tidak mengetahui untuk menggunakan komputer, hari ini beliau sudah pandai menggunakan ICT tersebut. Dapat melihat kemajuan pada diri beliau dan membawa beliau keluar dari kepompong masyarakat yang buta IT.

 

KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN

NAMA  : PUAN NOOR HIRNIZA BT AHMAD

UMUR  : 36 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI  : 2016

PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN : SERAI

LATAR BELAKANG

Puan Hirniza merupakan anak jati Kampung RPSB Bukit Kening dan merupakan pekerja swasta di Kuala Lumpur. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Pada setiap hujung minggu, beliau akan pulang ke kampung untuk mengusahakan kebun serainya. Penanaman serai ini telah diusahakan oleh suaminya dan dibantu oleh keluarga dan pekerja-pekerjanya. Projek penanaman serai ini telah mendapat bantuan oleh pihak RISDA. Di samping itu, projek penanaman serai ini adalah salah satu medium untuk beliau membantu anak muda yang tidak bekerja.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Pada setiap minggu, beliau akan pulang ke kampung bersama suaminya untuk mengusahakan projek pertaniannya. Namun disebabkan talian telefon yang bermasalah di kawasan ini, agak sukar untuk beliau menghubungi pelanggan dan mempromosikan tanaman serainya. Maka, beliau sering datang untuk menyiapkan tugasannya.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Membantu beliau menguruskan segala permintaan pelanggan dan membuat kerja menggunakan komputer. Malah beliau belajar bagaimana mempromosikan produknya di Facebook bagi menarik minat pelanggan. Di samping itu, beliau belajar menggunakan Microsoft excel untuk memudahkan urusan wang keluar masuk.

 

KISAH KEJAYAAN – USAHAWAN

NAMA  : NORSYAFIQAH BINTI AHMAD

UMUR  : 18 TAHUN

TAHUN MENJADI AHLI  : 2014

PERNIAGAAN YANG DIUSAHAKAN : KEREPEK

LATAR BELAKANG

Cik Syafiqah telah menghasilkan dan menjual kerepek secara kecil-kecilan disekitar Kampung Huma Luas. Perniagaan itu bermula sejak 6 tahun lalu daripada beliau zaman sekolah menengah. Pada permulaannya, beliau hanya menjual kepada kawan-kawan sekolah. Beliau telah dibantu oleh ibunya untuk membuat kerepek.

SEBELUM PENGGUNAAN ICT

Sebelum menggunakan ICT, beliau hanya mengusahakan perniagaan kerepek. Penjualan hanya berlaku disekitar kawasan Kampung Huma Luas dan kawan-kawan sekolahnya. Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100-RM300.

SELEPAS PENGGUNAAN ICT

Selepas melibatkan diri dalam kelas latihan atau bengkel yang dianjurkan, beliau berjaya meningkatkan ilmu pengetahuan dalam perniagaan, dan meningkatkan pendapatan. Setelah menjalani latihan keusahawanan yang diadakan, kini beliau telah mempunyai laman facebook, page facebook, serta kumpulan whatsapp untuk perniagaannya. Menurut beliau, pendapatannya telah meningkat sehingga RM2000 dalam tempoh sebulan setelah mempelajari dan mengikuti latihan keusahawan yang diberikan. Malah pada hari ini, beliau boleh memberi peluang pekerjaan kepada penduduk Huma Luas dengan membantunya membuat kerepek dan menjual kerepek di luar kawasan.