mcmc
Jadual Latihan & AktivitiLaporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI–BAZAR RAYA @ NADI MAC 2026

PROGRAM BAZAR RAYA @NADI 2026 DI NADI BUKIT KENING

Tarikh14 Mac 2026
Masa8.00pagi – 3.00petang
LokasiNADI Bukit Kening
Peserta40 orang

Tujuan

Program BAZAR RAYA @ NADI ini merupakan program tahunan yang telah memasuki tahun ke-2 pelaksanaannya. Program ini diadakan serentak di semua NADI di seluruh Malaysia. Program ini merupakan salah satu inisiatif bagi menggalakkan komuniti setempat dan NADI bekerjasama dalam aspek keusahawanan selain dapat merapatkan hubungan silaturrahim dalam aktiviti yang pelbagai.

Aktiviti

Pada tahun ini, program bermula seawal 8.00 pagi sehingga 3.00 petang. Seramai 10 orang usahawan/peniaga terlibat menjayakan Bazar Raya ini. Pelbagai barangan keperluan aidilfitri turut dijual seperti pelbagai jenis kuih raya, preloved pakaian wanita, Sampul duit raya, daun palas dan banyak lagi. Selain jualan produk, turut berlangsung webinar keusahawanan yang menyasarkan kepada golongan dewasa dan juga kanak-kanak. Beberapa aktiviti lain seperti pertandingan mewarna kad raya, menganyam ketupat, kuiz hari raya, dan cabutan bertuah turut diadakan sepanjang program.

Sambutan menggalakkan daripada penduduk/komuniti sekitar NADI Bukit Kening memeriahkan lagi program 1 hari ini. Kehadiran Ketua Kampung dan wakil JPKK RPSB Bukit Kening amatlah dihargai sebagai tanda sokongan terhadap program ini.