mcmc
Produk Tempatan

MADU KELULUT ASLI

MADU KELULUT KG. BUKIT KENING

Lebah kelulut merupakan antara 30 spesies trigona yang tidak mempunyai sengat dan madunya dikatakan mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik. Ia juga dipanggil sebagai “Stingless Bee”. Madu kelulut  warnanya lebih jernih berbanding madu hutan biasa dan rasanya manis bercampur sedikit masam. Madunya mempunyai banyak khasiat untuk memulihkan pelbagai penyakit kronik dan sangat berguna dalam bidang perubatan dan kesihatan. Dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan An-Nahl bererti lebah berdasarkan firman Allah dalam ayat 68 dan 69 ertinya: “Dan Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibuat manusia. Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” 

Khasiat Madu Kelulut :

1) Mencegah serangan strok

2) Meningkatkan daya tahan tubuh

3) Melancarkan peredaran darah

4) Menghilangkan rasa letih, meningkatkan metabolisma badan

P/S : Untuk pertanyaan atau tempahan, boleh menghubungi MAAROF (0136144622/0139142370)