mcmc
Kemudahan Asas

MASJID

MASJID AT-TAQWA BUKIT KENING

Masjid At-Taqwa terletak di Kampung RPSB Bukit Kening, bersebelahan dengan PEDi Bukit Kening. Masjid ini telah dibina hampir 20 tahun. Setiap masjid pasti menyediakan kemudahan asas untuk memudahkan jemaah menggunakannya. Begitu juga dengan masjid di Kg. Bukit Kening yang banyak menyediakan kemudahan dan antara kemudahannya ialah tempat mengambil wudu’ untuk jemaah lelaki dan wanita yang terletak secara berasingan. Selain itu, kemudahan asas yang paling penting ialah tandas. Terdapat dua tandas untuk lelaki dan dua tandas untuk wanita.