mcmc
Pendidikan

Pendidikan

 

Kampung Bukit Kening mempunyai dua buah sekolah yang terdiri daripada sekolah tadika dan sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan Sekara merupakan salah sebuah sekolah yang telah lama beroperasi di Kampung Bukit Kening. Sekolah Kebangsaan Sekara atau nama ringkasnya SK Sekara, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit Kening.

Pada asalnya SK Sekara terletak di Kampung Sekara, namun, banjir besar telah melanda pada tahun 1971 telah mengakibatkan bangunan sekolah musnah dan sekolah telah dibina semula di Jalan Bukit Kening. Walaupun, bangunan sekolah telah dipindahkan namun, nama sekolah masih kekal nama sekolah yang lama. 

 

SK Sekara mempunyai dua bangunan sekolah iaitu bangunan lama dan baru, satu surau dan satu kantin. Bangunan  lama telah dijadikan Pra Sekolah dan makmal Sains. Manakala, bangunan baru pula mempunyai tiga tingkat yang terdiri daripada bilik darjah, bilik guru, bilik mesyuarat, bengkel kemahiran hidup, perpustakaan dan Kelas Pendidikan Khas. 

SK Sekara dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir yang sering belaku di kawasan sekitar pada musim tengkujuh. 

 

Tadika Kemas Bukit Kening juga salah sebuah sekolah yang telah lama bertapak di Kampung Bukit Kening dan telah melahirkan ramai anak jati kampung yang telah berjaya mencipta nama dalam kerjaya masing – masing. Ditubuhkan pada tahun 1983.Tadika ini merupakan salah satu tadika yang menjadi pilihan  ibu bapa.