mcmc
Kemudahan Asas

PENDIDIKAN

SEKOLAH TABIKA DAN SEKOLAH RENDAH

Kerajaan telah meningkatkan kemudahan asas dari segi pendidikan dengan mewujudkan Sekolah TABIKA KEMAS RPSB Bukit Kening dan Sekolah Kebangsaan Sekara. Kemudahan ini memberi impak kepada penduduk setempat untuk untuk memberi pendidikan kepada anak-anak. Kg. Bukit Kening dan sekitarnya tergolong dalam kawasan luar bandar. Oleh hal demikian, dengan kewujudan sekolah ini memudahkan ibu bapa menghantar anak-anak ke sekolah tanpa perlu menghantar anak ke luar kawasan bagi mendapatkan pendidikan yang sebaiknya. Pelajar TABIKA KEMAS dan Sekolah rendah adalah terdiri daripada penduduk di Kampung Bukit Kening, Kampung Sekara, dan Kampung Huma Luas. Sehingga kini TABIKA KEMAS RPSB Bukit Kening dan Sekolah Kebangsaan Sekara telah melahirkan pelajar yang berjaya.