mcmc
Persatuan Wanita

PROGRAM MEMASAK

PROGRAM MENGACAU BUBUR ASYURA 2018

Pada 23 September 2018, Ahad, penduduk Kampung RPSB Bukit Kening bersama-sama menganjurkan program memasak bubur asyura yang bermula seawal 8 pagi sehingga 4.30 petang. Program ini dianjurkan sempena menyambut kedatangan Awal Muharam dan tahun baru kalendar Islam. Program seperti ini boleh dikatakan diadakan setiap tahun oleh penduduk kampung. Penduduk terutama kaum wanita bekerjasama memasak empat kawah bubur asyura secara gotong-royong. Program seperti ini sangat memberi manfaat kerana menjadi salah satu platform mereka berinteraksi secara langsung sekali gus memupuk budaya saling bekerjasama dan semangat kerja berpasukan sesama mereka.