LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Nur Atiqah Syakirah Binti Salleh
Pekerjaan : Berniaga
Pendidikan : Ijazah
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Seorang usahawan muda yang mempunyai minat bidang perniagaan secara atas talian. Menjalankan perniagaan produk kesihatan membantu menurunkan berat badan secara atas talian. Telah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Sebelum ini, beliau kurang mempromosikan perniagaan di atas talian seperti tiktok kerana tidak mahir menggunakannya. Beliau hanya menjual produk melalui facebook dengan juga whatsappp. Pendapatan yang diperolehi tidak begitu memuaskan.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi
Beliau telah mendapatkan perkhidmatan PEDi Bukit Kening untuk belajar mempromosikan produknya secara atas talian menggunakan media social yang semakin popular dikalayak ramai iaitu tiktokshop. Setelah mendapatkan khidmat PEDi secara tidak langsung pelbagai perkara yang telah di belajar. Cara-cara untuk memohon bantuan khas untuk usahawan-usahawan dan cara-cara untuk meningkatkan lagi jualan secara atas talian melalui pelbagai platform. Setelah berjaya mempromosikan perniagaanya, permintaan daripada pelanggan semakin meningkat.
Apakah yang Dipelajari Melalui PEDi
– Mempelajari asas-asas komputer
– Mempelajari dalam penggunaan internet
– Mempelajari membuat pengiklanan tentang produk
– Mempelajari mempromosi produk di media sosial – tiktokshop & shopee
– Mempelajari cara-cara untuk membuat konten jualan yang menarik
– Mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan.
Bagaimana PEDi membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
– Membantu mempromosikan produknya secara atas talian
– Memberi kelas keusahawanan seperti tiktokshop, shoppee
– Membantu dalam menguasai bidang perbankan online