LATAR BELAKANG CALON :
Nama : Zuraidah Bt Latif
Pekerjaan : Suri rumah
Pendidikan : Sijil Pelajaran Malaysia
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan
Sebelum melibatkan diri dalam dunia ICT, tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer dan media sosial.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI
Beliau mula melibatkan diri selepas menyertai beberapa kelas dan program yang telah dianjurkan. Beliau telah diberi kepercayaan oleh JKKK kampungnya untuk memegang jawatan sebagai bendahari. Secara tidak langsung, beliau perlu mengasah kemahiran dalam menggunakan komputer dan disamping itu juga, beliau mengambil peluang untuk belajar menggunakan telefon pintar dan media sosial dan menggunakan secara berhemah. Beliau juga berjinak-jinak dalam dunia perniagaan dengan menjadi dropship produk yang popular di Malaysia kini, dengan mempromosikan produk di status whatapps sahaja, beliau dapat memperolehi keuntungan daripada perniagaan tersebut.
Apakah yang Dipelajari Melalui
Beliau mempelajari dalam membuat pengiklanan produk serta mempromosikan produknya di media sosial seperti Whatsapp dan Facebook
Bagaimana membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT
membantu dan menyediakan kelas asas keusahawanan kepada beliau