LATAR BELAKANG CELIK IT
Nama : Nurul Iman Nadirah Binti Mohd Faizal
Umur : 12 Tahun
Keahlian PIK : 2018
Pekerjaan : Pelajar
Tahap Pendidikan : Sekolah Rendah
SEBELUM PENGGUNAAN ICT
Nurul Iman Nadirah Binti Mohd Faizal atau dikenali sebagai Iman merupakan pelajar sekolah rendah di SK Sekara. Beliau mempunyai 4 adik beradik dan merupakan anak ketiga dari 4 orang adik beradik tersebut. Beliau juga seorang yang rajin dan aktif dalam melibatkan diri setiap aktiviti di PEDi. Beliau sebelum ini tiada ilmu tentang penggunaan komputer mahupun internet kerana menurutnya ia agak sukar untuk dipelajari.
SELEPAS PENGGUNAAN ICT
Semenjak terlibat dengan aktiviti-aktiviti ICT di PEDi Bukit Kening seperti kelas asas tentang pegetahuan ICT, Microsoft Office dan sebagainya. Daripada kelas-kelas tersebut, beliau kini boleh menggunakan komputer seperti Microsoft Office dan mahir dalam menggunakan pelbagai aplikasi di komputer.