mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2023 : KISAH KEJAYAAN KEUSAHAWANAN (NAJDAH WILADAH)

LATAR BELAKANG CALON :

Nama : Najdah Wiladah Binti Abdul Majid @ Ahmad

Pekerjaan : Berniaga

Pendidikan : Ijazah 

Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Seorang usahawan muda yang mempunyai minat bidang perniagaan secara atas talian. Menjalankan perniagaan tudung jenama Sebawang secara atas talian. Beliau juga telah berkahwin. Sebelum ini, beliau kurang mempromosikan perniagaan di atas talian seperti shopee kerana tidak mahir menggunakannya. Beliau hanya menjual produk melalui facebook dengan juga whatsappp. Pendapatan yang diperolehi tidak begitu memuaskan.

Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PEDi

Beliau telah mendapatkan perkhidmatan PEDi Bukit Kening untuk belajar mempromosikan produknya secara atas talian menggunakan media social yang semakin popular dikhalayak ramai iaitu shopee. Setelah mendapatkan khidmat PEDi secara tidak langsung pelbagai perkara yang telah di belajar. Cara-cara untuk memohon bantuan khas untuk usahawan-usahawan dan cara-cara untuk meningkatkan lagi jualan secara atas talian melalui pelbagai platform. Setelah berjaya mempromosikan perniagaanya, permintaan daripada pelanggan semakin meningkat.

Apakah yang Dipelajari Melalui PEDi

– Mempelajari asas-asas komputer
– Mempelajari dalam penggunaan internet
– Mempelajari membuat pengiklanan tentang produk
– Mempelajari mempromosi produk di media sosial – facebook & shopee
– Mempelajari cara-cara untuk membuat konten jualan yang menarik
– Mempelajari dan menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan.

Bagaimana PEDi membantu meningkatkan tahap kemahiran ICT

– Membantu mempromosikan produknya secara atas talian
– Memberi kelas keusahawanan seperti tiktokshop, shoppee
– Membantu dalam menguasai bidang perbankan online